PROGRAM PENYERAHAN VAN JENAZAH OLEH FOMEMA SDN. BHD.

18 November 2021 – Syarikat FOMEMA Sdn Bhd telah menyumbang sebuah van jenazah kepada Masjid Al-Imam Ash-Shafie KOTASAS, Kuantan. Pemberian van jenazah ini adalah satu tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Syarikat FOMEMA Sdn Bhd untuk menyempurnakan fardu kifayah dalam pengurusan jenazah umat Islam. Turut hadir bagi menyempurnakan program penyerahan van jenazah adalah Pengerusi Syarikat FOMEMA Sdn Bhd, YHM Tengku Dato’ Indera Abu Bakar Ahmad bin Tengku Abdullah, Pengarah Eksekutif, YM Tengku Shaheera Binti Tengku Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Shahril Fitri bersama dengan Pengerusi Masjid KOTASAS, YHM Tengku Dato’ Sri Uzir Bin Ubaidillah. Memetik ucapan Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA, pemberian van jenazah ini menepati keperluan penduduk Kota Sultan Ahmad Shah yang semakin pesat membangun dan diharapkan pihak masjid dapat memanfaatkan pemberian van jenazah untuk penduduk beragama Islam dalam pengurusan jenazah mengikut syariat Islam.