MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN FOMEMA YANG KE 25 TAHUN

Syarikat FOMEMA Sdn. Bhd.,pengendali sistem saringan pemeriksaan perubatan pekerja asing di semenanjung Malaysia baru-baru ini telah menyambut ulang tahun syarikat yang ke-25 semenjak penubuhannya pada tahun 1997. Majlis makan malam sempena ulang tahun FOMEMA Sdn Bhd yang ke-25 telah diadakan di W Hotel, Kuala Lumpur pada 12 November 2021.

Hadir bersama untuk meraikan makan malam ulang tahun FOMEMA Sdn Bhd adalah Pengerusi syarikat, YHM Tengku Dato’ Indera Abu Bakar Ahmad bin Tengku Abdullah bersama pasangan, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah, Pengarah Eksekutif ,YM Tengku Shaheera Binti Tengku Abdullah, Pengarah, Dato Yap Kon Min, Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Shahril Fitri, Dif- Dif kehormat serta warga kerja FOMEMA.

Pengerusi Syarikat FOMEMA, YHM Tengku Dato’ Indera Abu Bakar Ahmad dalam ucapannya menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada syarikat sepanjang 25 tahun beroperasi.

Mengamati ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA Sdn Bhd, En Mohd Shahril Fitri, pencapaian FOMEMA Sdn Bhd sepanjang 25 tahun termasuklah penubuhan kumpulan syarikat dalam meluaskan kapasiti perkhidmatan iaitu FOMEMA IOT, FOMEMA Pharmaceuticals, FOMEMA Haemodialysis dan Yayasan Tengku Abdullah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Majlis diserikan dengan acara pemotongan kek sebagai simbolik ulangtahun syarikat, persembahan secara live, montaj aktiviti warga kerja dan ucapan tahniah dari panel klinik, lab dan X-ray FOMEMA, pemegang taruh serta majikan.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada seluruh warga kerja FOMEMA yang telah banyak berbakti sepanjang 25 tahun penubuhan syarikat FOMEMA Sdn Bhd.