PROGRAM BERSAMA AGENSI PEKERJAAN SWASTA (APS) FOMEMA DENGAN ANJURAN BERSAMA PERTUBUHAN KEBANGSAAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA (PUSMA) & BOLEH WALLET

Syarikat FOMEMA Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia (PUSMA) dan Boleh Wallet telah menganjurkan ‘Program Bersama Agensi Pekerjaan Swasta (APS) FOMEMA’ pada 26 November 2022.

Program Bersama APS yang julung-julung kali diadakan secara bersemuka ini merupakan salah satu usaha berterusan daripada FOMEMA Sdn Bhd bagi berkongsi maklumat terkini berkenaan saringan pemeriksaan perubatan pekerja asing serta meningkatkan hubungan baik antara FOMEMA Sdn. Bhd. dengan pihak APS.

Anyone interested in online casino action can look at Spino Bon Online as a helpful destination for discovering gaming options. The link Spino Bon Online makes it easier to discover casino entertainment, compare options, and start exploring available games. That makes it a helpful destination for users who want casino excitement with fewer barriers.

Program Bersama APS ini yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre telah disempurnakan dengan kehadiran Encik Mohd Shahril Fitri Bin Hashim, selaku Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA Sdn. Bhd., Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA, En. Muhammad Fawzul Bin Muhammad Yusoff, Puan Zarina Ismail, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia (PUSMA) dan Dato’ Zairul Hisham Bin Abu Bakar mewakili Boleh Wallet serta dihadiri sejumlah 36 orang daripada Agensi Pekerjaan Swasta yang merupakan ahli PUSMA.

Dalam sesi taklimat yang berlangsung selama setengah hari itu, semua peserta yang hadir berpeluang untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai kriteria asas panel agensi berdaftar FOMEMA, isu lazim berkenaan pemeriksaan perubatan pekerja asing, prosedur baharu dalam proses rayuan dan semakan semula, serta pemeriksaan X-Ray pekerja asing FOMEMA.

Syarikat FOMEMA Sdn. Bhd. berharap dengan penganjuran program sebegini dapat dapat membantu pihak APS untuk memahami prosedur asas panel agensi dengan lebih mendalam bagi mengurangkan konflik atau isu berkaitan pengurusan pekerja asing.

Pihak majikan yang tidak dapat menguruskan pendaftaran pemeriksaan Pekerja Asing mereka juga disarankan untuk memilih Agensi Pekerjaan Swasta FOMEMA sebagai alternatif.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Boleh Wallet kerana menjadi penaja utama untuk Program Bersama Agensi Pekerjaan Swasta FOMEMA ini.